Page 11 - Bendera Kita Jalur Gemilang
P. 11
B E N D E R A K I T A JBAELNUDRE RGAE MKIILTAANJGA L U R G E M I L A N G | 7

MAKSUD LAMBANG DAN WARNA PADA
BENDERA MALAYSIA

Setiap lambang dan warna yang terdapat pada Bendera Malaysia
mewakili maksud-maksud tertentu. Bahagian yang berwarna
biru tua di sebelah kiri melambangkan perpaduan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu dan berusaha
dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains
serta teknologi moden.

Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14
bermaksud kedaulatan Raja Berpelembagaan serta mendokong
dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah
Rukun Negara. Lambang anak bulan membawa maksud
Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah
14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan
Persekutuan. Merah melambangkan keberanian dan bersedia
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16