Page 31 - Bendera Kita Jalur Gemilang
P. 31
8 || BBEENNDDEERRAA KKIITTAA JJAALLUURR GGEEMMIILLAANNGG

HAK MENGIBARKAN JALUR GEMILANG

Setiap rakyat berhak mengibarkan Jalur Gemilang dengan
syarat mengikut arahan atau panduan yang ditetapkan. Bendera
perlu dikibarkan secara tertib sebagai lambang kebesaran
dan kedaulatan negara sama ada sewaktu menaikkan atau
menurunkannya. Sebelum mengibarkan bendera faktor tempat,
masa, saiz bendera, tiang dan susunan bendera sekiranya lebih
dari satu jenis bendera perlu diketahui bagi mengelakkan
kesalahan protokol mengibarkannya.

Mengikut arahan Jabatan Perdana Menteri melalui Surat
Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994, Pejabat-Pejabat Kerajaan
Persekutuan, Badan-Badan Berkanun Persekutuan, Pihak
Berkuasa Kerajaan Tempatan Persekutuan diwajibkan
mengibarkan Bendera Persekutuan iaitu Jalur Gemilang. Selain
itu, orang ramai digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang di
premis-premis perniagaan, kedai-kedai dan gerai-gerai.

Surat Pekeliling Am Bil 3. Tahun 1994 menetapkan Bendera
Persekutuan hendaklah dikibarkan pada hari pejabat biasa
dan hari kebesaran Persekutuan dan Negeri-Negeri. Walau
bagaimanapun, Jalur Gemilang boleh dikibarkan pada bila-bila
masa dan di mana-mana selagi kesesuaian dan kehormatan
terhadap bendera terpelihara.
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36