Page 41 - Bendera Kita Jalur Gemilang
P. 41
8 || BB EE NN DD EERRAA KKIITTAA JJAALLUURR GGEEMMI LI AL ANNGG

CARA PELUPUSAN BENDERA

Bendera yang telah pudar warna, koyak dan seumpamanya

tidak boleh dikibarkan kerana dianggap sebagai bendera

yang uzur. Pengibarannya

menunjukkan rasa tidak

hormat kepada bendera

tersebut. Bendera yang

sedemikian tidak boleh

dibuang di dalam tong

sampah sebaliknya perlu

dimusnahkan dengan cara

yang sopan seperti dibakar

secara tertutup dan bukan

dilakukan di tempat-

tempat awam. Gambar 5 - Bendera Yang
Perlu Dilupuskan

SUSUNAN KEUTAMAAN BENDERA

Susunan Keutamaan Bendera Persekutuan dan Negeri-negeri
ditentukan mengikut susunan kekananan DYMM Raja-Raja
Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri seperti yang termaktub
dalam Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan. Susunan
keutamaan bendera terkini adalah seperti berikut:
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46