Page 14 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 14
gkasan Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian
Sejarah besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai
Malaysia sebuah kerajaan yang gemilang kerana pemimpin yang berwibawa, sistem
pentadbiran dan pemerintahan yang cekap di samping kedudukannya yang
Sejarah Malaysia bermula pada strategik berada di titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat.
zaman Kesultanan Melayu Melaka Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan
iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula
muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama
2 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun
inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu
jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan
British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. British telah
campur tangan dalam semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang
sebelum ini diuruskan oleh Raja-raja Melayu dengan bantuan pembesar-
pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa orang individu
bangkit menentang penjajah antaranya di beberapa buah negeri seperti
Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli
Dhoby dan beberapa orang tokoh yang lain.

Pada era 1920-an dan 1930-an, kesedaran politik muncul dan semangat
nasionalisme membangun dan penduduk Tanah Melayu telah mula
mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan
tempatan. Hasilnya, muncul golongan berpendidikan yang mula
memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media
cetak seperti akhbar, majalah, cerpen dan novel untuk menyebarkan ideologi
masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan
seperti Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan Kesatuan Melayu Muda
(KMM) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan
sendiri. Kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada 8 Disember 1941
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19