Page 156 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 156
AYSIA DIPILIH SEBAGAI PRESIDEN SEAMEO
COUNCIL
Malaysia hari ini dipilih sebagai Presiden SEAMEO Council bagi penggal
2019 2021. Dengan pelantikan itu Menteri Pendidikan Malaysia,
YB Dr. Maszlee Malik mempengerusikan Mesyuarat SEAMEC Kali ke-50
yang sedang berlangsung di Bandar Sunway, Selangor.
YB Dr Maszlee berkata, Kerajaan amat menghargai sokongan padu yang
diberikan negara-negara ahli SEAMEO ke atas kepimpinan Malaysia,
khasnya dalam memacu perkembangan bidang pendidikan di rantau Asia
Tenggara.
“Malaysia dengan sokongan kuat negara-negara ahli akan memastikan
SEAMEO terus konsisten melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah
kesepaduan sosial melalui pendidikan demi kemakmuran dan kesejahteraan
Asia Tenggara,” kata beliau.
Terdahulu dalam ucapan pembukaan, YB Dr. Maszlee Malik berharap
negara-negara Asia Tenggara akan bersatu dan bergerak maju dalam
semangat kemakmuran bersama-sama di rantau ini.”Kita perlu
mengingatkan diri kita bahawa kita tidak lagi mampu berfungsi sebagai
negara yang berasingan dengan objektif yang berbeza, tetapi kita perlu
memanfaatkan persamaan kita dan mengambil pendekatan yang lebih
serantau ke arah satu visi,” kata YB Dr. Maszlee. Dalam ucapan yang
sama, YB Dr. Maszlee turut mengakui masih terdapat bidang yang perlu
diperbaiki terutamanya mengenai penyelarasan dalam pendidikan tinggi
dan TVET.
Persidangan ini melibatkan penyertaan Menteri-menteri Pendidikan dari
11 negara anggota SEAMEO, negara anggota bersekutu, ahli gabungan
SEAMEO serta 26 Pusat Serantau SEAMEO di seluruh rantau Asia
Tenggara.
144 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan