Page 176 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 176
genalan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah ditubuhkan pada 24 Mei 1964.
Kementerian ini berperanan untuk menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang
berkelayakan, mengawal selia aspek pemajuan perumahan swasta dan pengurusan kediaman
berstrata serta menyelesaikan masalah pertikaian perumahan.
Kementerian ini juga membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran dan kemudahan sosioekonomi. Selain
itu, KPKT juga berperanan menyediakan perkhidmatan pencegahan, pemadaman kebakaran dan penyelamatan yang cepat dan berkesan. KPKT juga
bertanggungjawab berhubung pemajuan dan pengawalseliaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta memaju dan mengawal
selia aktiviti pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai.
Kementerian ini mempunyai visi untuk meneraju kemakmuran komuniti bandar dan persekitaran mampan. Misi kementerian pula ialah merealisasikan
kemakmuran bersama melalui perumahan yang berdaya huni, perkhidmatan perbandaran yang mampan dan perkhidmatan kebombaan yang efektif; justeru
meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Aktiviti dan Pencapaian
PELANCARAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)
2018 – 2025
Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018 – 2025) DRN 2018-2025 telah
diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 9 November 2018 dan ia merangkumi
5 fokus, 16 strategi dan 57 Pelan tindakan. Antara pelan tindakan DRN (2018-
2025) yang telah dilaksanakan oleh KPKT ialah melaksanakan rasionalisasi
perumahan melalui perpindahan 3 agensi utama ke bawah pentadbiran
KPKT iaitu Perbadanan PRIMA Malaysia dari Jabatan Perdana Menteri;
Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dari Jabatan
Perdana Menteri; dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dari
Kementerian Kewangan.
164 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan