Page 190 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 190
genalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mempunyai visi untuk menjadi peneraju transformasi
sistem pengangkutan yang bersepadu, efisien dan selamat dengan memperkasakan sistem
pengangkutan berteraskan teknologi sebagai pemangkin pembangunan negara.
Di antara peranan MOT adalah untuk merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pengangkutan darat, logistik, maritim dan
udara Selain itu, MOT juga berperanan untuk merancang dan melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan darat, logistik, maritim dan udara di
samping menerajui integrasi sistem pengangkutan yang holistik.
Aktiviti dan Pencapaian
SEKTOR KOMERSIAL TERUS MENJADI
FOKUS KEMENTERIAN PENGANGKUTAN PADA
PENGANJURAN LIMA’19
Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019
(LIMA’19) yang berlangsung pada 26 hingga 30 Mac 2019 yang telah
dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, pada
26 Mac 2019 menyaksikan sektor komersil masih lagi menjadi fokus utama
Kementerian Pengangkutan Malaysia sebagaimana edisi-edisi LIMA yang
lalu, manakala Kementerian Pertahanan pula lebih memfokuskan kepada
sektor pertahanan.
Berbanding pada edisi yang lepas, pada kali ini penglibatan sektor komersil
telah meningkat kepada 40 peratus. Pempamer sektor komersil melibatkan
segmen penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, syarikat pembuatan
pesawat dan kapal komersil, syarikat-syarikat pengendali, akademi-akademi
latihan serta pemain-pemain industri aeroangkasa dan maritim.
178 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan