Page 210 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 210
genalan

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) komited terhadap usaha mentransformasikan
sektor pertanian kepada perniagaan tani dan mewujudkan model inklusif yang berteraskan aspek
pasaran, ekonomi skala dan penyepaduan rantaian nilai sebagai tunjang utama.

Aktiviti dan Pencapaian YB Datuk Seri Salahuddin Ayub telah melancarkan Hala Tuju Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani: Prioriti dan Strategi 2019-2020 pada 14 Februari 2019
PELANCARAN HALA TUJU KEMENTERIAN
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: PRIORITI
DAN STRATEGI 2019-2020

Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani: Prioriti dan
Strategi 2019-2020 dirangka berasaskan tiga dimensi sektor agromakanan
iaitu sekuriti makanan negara, pembangunan ekonomi luar bandar serta
menggalakan pelaburan swasta dan perdagangan antarabangsa.

Sebagai usaha memastikan industri pertanian menjadi lebih berdaya saing
dan mampu menarik penyertaan pelaburan swasta serta penglibatan
agropreneur muda dalam sektor pertanian, lima hala tuju yang ditetapkan
menjadi keutamaan dan strategi dalam langkah meningkatkan pendapatan
golongan peladang, penternak dan nelayan di negara ini.

Kementerian melalui Agrobank komited untuk menyediakan pembiayaan
sebanyak RM290 juta bagi sektor pembiayaan mikro dalam tempoh
sepanjang tahun ini dan bertanggungjawab untuk menyediakan satu
ekosistem yang berupaya memberi sokongan kepada semua pihak yang
akan bersama-sama memastikan kejayaan hala tuju MOA seterusnya
memperkukuh sektor agromakanan negara.

198 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215