Page 218 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 218
genalan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah sebuah intitusi yang digerakkan secara intensif dan
bersepadu menerusi perkhidmatan kesihatan eksklusif yang cakna kepada rakyat dengan memberi
jaminan terhadap kemudahan kesihatan yang saksama dan berkualiti kepada semua.

Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebuah intitusi yang digerakkan secara intensif dan bersepadu menerusi perkhidmatan kesihatan
eksklusif yang cakna kepada rakyat dengan memberi jaminan terhadap kemudahan kesihatan yang saksama dan berkualiti kepada semua. Sejarah
perkembangan fasiliti kesihatan kini telah menjangkaui perkhidmatan yang lebih inklusif dan universal menerusi penumpuan terhadap perubatan
moden dan kontemporari seiring dengan perkembangan sains dan teknologi.

Sejajar dengan nilai-nilai teras dalam membentuk budaya korporat yang bersandarkan kepada penyayang, professional dan kerja berpasukan,
Kementerian Kesihatan Malaysia komited untuk menaik taraf nilai perkhidmatan dengan menjulang keberhasilan dalam membangunkan wawasan
yang diistilahkan sebagai SIHAT BERSAMA 2030, yang merupakan pelan jangka panjang dan agenda utama KKM dalam mereformasikan sistem
kesihatan di negara ini selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dilancarkan pada Oktober 2019.

Aktiviti dan Pencapaian

Kempen Kesedaran Merokok

Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1 Januari 2019 telah mewartakan
semua tempat makan awam sama ada berhawa dingin atau terbuka sebagai
kawasan larangan merokok. Pelaksanaan tersebut dimulakan dengan
penguatkuasaan pendidikan larangan merokok sehingga 31 Disember 2019.

YB Menteri Kesihatan merasmikan kempen kesedaran larangan merokok di tempat
awam anjuran kerjasama di antara KKM dan Air Asia pada 11 November 2019.

206 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223