Page 228 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 228
genalan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengariskan beberapa inisiatif penting dan hala tuju bagi
kementerian ini iaitu penghasilan emas sulung pertama buat Malaysia di dalam Temasya Sukan
Olimpik Tokyo 2020, Wanita dalam Sukan, Pembangunan Infrastruktur Sukan di seluruh negara,
Penubuhan Hospital Sukan dan Pembinaan Stadium Ragbi.

Usaha pemerkasaan belia juga akan terus diberikan tumpuan dengan matlamat menghasilkan belia berkemahiran sejajar dengan revolusi Industri IR4.0.
Inisiatif ini adalah bagi menyokong usaha Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) menjelang 2030.

Aktiviti dan Pencapaian

Malaysia Future Leader School (MFLS)
Malaysia Future Leader School merupakan sebuah program baharu yang
dibentuk untuk melahirkan pemimpin belia yang boleh menyumbang
sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara serta berkeupayaan
berperanan di peringkat antarabangsa disamping membentuk generasi
belia yang lebih berwawasan dan tinggi nilai jati diri.

Selain itu, program MFLS ini juga dibentuk hasil daripada susulan idea
YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika
dijemput menyampaikan ucaptama di Japan Future Leaders School pada
7 Ogos 2018 yang menyatakan - “semua negara termasuk Malaysia perlu
mencontohi Kerajaan Jepun dengan mewujudkan sebuah entiti khusus
bagi pembangunan kepimpinan dalam kalangan belia”.

216 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233