Page 236 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 236
dahuluan

Berpegang kepada visi kementerian yang mahu menjadikan keusahawanan sebagai salah satu agenda
utama negara, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan sentiasa mewujudkan ekosistem
keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan keusahawanan
negara yang inklusif, seimbang dan mampan selaras dengan misi MED.

Aktiviti dan Pencapaian Program ini melibatkan sebanyak 300 pempamer dan lebih 10,000
pengunjung telah hadir memeriahkan MHE2019 selain mencatat jumlah
EKSPO HALAL MALAYSIA 2019 (MHE2019) jualan bernilai RM135 juta melibatkan 223 sesi padanan perniagaan,

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah menganjurkan Ekspo
Halal Malaysia 2019 (MHE2019) pada 24 hingga 26 Januari 2019 bertempat
di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dengan tujuan untuk
mempromosikan produk dan perkhidmatan halal sebagai inisiatif kepada
pelaburan dan perdagangan antara Malaysia dan Jepun.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan
Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan. Bertemakan “Malaysia ke
Jepun untuk Olimpik 2020”, MHE2019 adalah susulan Memorandum
Kerjasama (MoC) dalam bidang halal antara Kerajaan Malaysia dan Jepun
yang telah dimeterai pada 26 November 2018. MoC ini adalah satu usaha
untuk memastikan industri halal Malaysia dapat menerokai pasaran Jepun
menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

224 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241