Page 270 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 270
ancaran projek SSLR ini telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya,
YB Baru Bian. Projek ini kini dalam peringkat kerja awalan dan pembinaan
dijangka bermula pada suku pertama tahun 2020. Pembinaan dijangka
mengambil masa selama 48 bulan dan tarikh projek dijangka siap adalah
pada tahun 2024.

Skop projek SSLR Pakej 1 adalah membina jalan baharu berasaskan
jalan tunggal 2 hala (2 lane single carriageway) mengikut piawaian JKR
R3. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) pada 9 Ogos 2019 telah
meluluskan peruntukan kos projek berjumlah RM1.2 bilion untuk projek ini
dan akan dilaksanakan secara Reka dan Bina.

Pembukaan Jajaran Telok Melano – Lokasi Kilometer 0 iaitu titik permulaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di Telok
Sematan Projek Lebuhraya Pan Borneo Melano
S arawak
Pembukaan Jajaran Telok Melano – Sematan, Lebuhraya Pan Borneo
Sarawak sepanjang 33 kilometer ini bakal menyaksikan potensi Kampung
Telok Melano dan Kampung Telok Serabang untuk dimajukan sebagai
lokasi eko-pelancongan kerana lokasinya yang strategik, berdekatan dengan
Tanjung Datu National Park dan Samunsan Wildlife Sanctuary.

Projek Lebuhraya Pan Borneo bagi jajaran Telok Melano – Sematan ini
telah dimulakan pada 15 September 2015 dengan melibatkan kos anggaran
sebanyak RM 580 juta dan telah siap sepenuhnya mengikut jadual pada 4
Januari 2019 yang lalu. Jajaran ini dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr)
Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Ketua Menteri
Sarawak dan YB Baru Bian, Menteri Kerja Raya.

258 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274   275