Page 299 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 299
AKSANAAN PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40 Orang awam boleh menyemak kelayakan bagi Program Rebat Bil Elektrik RM40 dengan
melayari semakan rebat.mestecc.gov.my
Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim (MESTECC) telah melaksanakan Program Rebat Bil Buku Rasmi Tahunan MALAYSIA BAHARU 2019 287
Elektrik RM40 bermula pada 1 Januari 2019. Pelaksanaan program ini adalah
selaras dengan pembentangan Belanjawan 2019 yang mana kerajaan telah
memperuntukan sebanyak RM140 juta untuk dimanfaatkan oleh Ketua Isi
Rumah (KIR) di bawah kategori miskin dan miskin tegar yang berdaftar
dan disahkan dalam sistem e-Kasih. Inisiatif ini merupakan salah satu janji
kerajaandalammenjaminkebajikandankualitihidup rakyat serta membantu
mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini menggunakan mekanisme subsidi
bersasar yang mana penyaluran subsidi hanya dikhususkan kepada golongan
miskin dan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem e-Kasih.
KIR yang layak akan menerima subsidi bil elektrik sehingga RM40 sebulan
bergantung kepada jumlah penggunaan tenaga elektrik mereka. Ini adalah
berbeza dengan pelaksanaan Program Rebat Bil Elektrik RM20 sebelum ini
yang mengagihkan subsidi secara automatik kepada semua golongan bagi
menampung bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah.
Sepanjang tahun 2019, MESTECC telah mengenal pasti seramai 242,116
KIR dalam kategori miskin dan miskin tegar yang layak menerima subsidi ini
dan daripada jumlah tersebut, seramai 119,535 KIR telah menerima subsidi
bil elektrik. Penerima-penerima subsidi ini adalah terdiri daripada KIR
pemegang akaun bil elektrik yang menerima subsidi secara automatik dan
KIR bukan pemegang akaun bil elektrik yang telah mengemas kini nombor
akaun bil elektrik mereka dengan syarikat-syarikat utiliti iaitu Tenaga
Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Sarawak
Energy Berhad (SEB).
Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini masih diteruskan dalam tahun
2020 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM104 juta dan MESTECC
mensasarkan lebih ramai lagi KIR yang layak menerima subsidi ini tampil ke
hadapan untuk mengemas kini nombor akaun bil elektrik mereka dengan
syarikat-syarikat utiliti.