Page 341 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 341
tadbiran Kerajaan Negeri

Setiap negeri mempunyai jentera pentadbiran sendiri. Sistem dan struktur
pentadbirannya adalah sama di seluruh Semenanjung kecuali di Sabah dan Sarawak.
Kuasa di bawah kerajaan negeri ialah kerajaan tempatan atau daerah.

Badan Pentadbiran Peringkat Negeri Raja dan Yang di-Pertua Negeri
Raja/Sultan/Yang di-Pertua Negeri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah institusi penting dalam jentera
Dewan Undangan Negeri pentadbiran kerajaan negeri. Raja-raja yang memerintah Johor, Kedah,
Kelantan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu dikenali sebagai Sultan
manakala Perlis dikenali sebagai Raja dan di Negeri Sembilan sebagai
Yang di-Pertuan Besar. Seseorang raja diwarisi secara turun-temurun dan
ditentukan oleh adat yang berbeza bagi setiap negeri. Melaka, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak diperintah oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik
oleh Yang di-Pertuan Agong. Seseorang raja menjalankan tugas berikut:

• Melantik seorang Menteri Besar.

• Tidak mempersetujui permintaan membubarkan Dewan Undangan
Negeri.

• Meminta mengadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja atau hal
ehwal Islam.

• Melaksanakan tugas sebagai Ketua Agama Islam atau tugas yang
berkaitan dengan adat istiadat orang Melayu.

• Melantik waris Permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku
Raja.

• Menentukan penerima pingat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di sisi
adat Melayu dan menetapkan tugas-tugas yang berkenaan dengannya.

• Membuat peraturan mengenai balai-balai diraja atau istana.

Buku Rasmi Tahunan MALAYSIA BAHARU 2019 329
   336   337   338   339   340   341   342   343   344   345   346