Page 69 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 69
ATEGI 4

Mengukuhkan Kepelbagaian Ekonomi

Melaksanakan peralihan daripada sistem berasaskan mekanisme
Power Purchase Agreement (PPA) kepada sistem pasaran terbuka.

Melanjutkan galakan Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan
Pengecualian Cukai Pendapatan bagi Perkhidmatan Teknologi Hijau
(GITE) sehingga 2023.
 Galakan cukai akan turut diperkenalkan kepada syarikat yang

melaksanakan aktiviti pajakan tenaga suria (solar leasing) dengan
pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus untuk
tempoh sehingga 10 tahun.
 Pelaburan modal awal bagi peralatan penjimatan tenaga untuk
bangunan Kerajaan melalui Kontrak Prestasi Tenaga (EPC).

Menyokong industri sawit.
 Melancarkan dana pinjaman penanaman semula kelapa sawit

berjumlah RM550 juta untuk pekebun kecil tanpa cagaran pada
kadar faedah 2 peratus setahun.
 RM27 juta untuk menyokong usaha Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB) dalam meluaskan pasaran minyak sawit di
peringkat antarabangsa dan menangani kempen anti-minyak sawit.
 Penggunaan Biodiesel B20 untuk sektor pengangkutan akan
dilaksanakan menjelang akhir tahun 2020.

Buku Rasmi Tahunan MALAYSIA BAHARU 2019 57
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74