Page 10 - Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2023
P. 10

TEMA  HARI KEBANGSAAN DAN  HARI
                 MALAYSIA (HKHM) 2023



                 “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”
                 telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari

                 Malaysia (HKHM) 2023. Tema ini mendasari TEKAD pemimpin
                 bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah
                 negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN
                 yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.



                 HARAPAN  Malaysia MADANI  ialah  PERPADUAN  sebagai
                 kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala
                 bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan

                 kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan,
                 kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

                 LOGO HARI KEBANGSAAN DAN HARI

                 MALAYSIA 2023



                 Pemilihan logo rasmi HKHM 2023 diambil daripada reka
                 bentuk logo Malaysia MADANI yang unik dengan simbolik

                 “tangan yang sedang diangkat untuk melafazkan ikrar Rukun
                 Negara”. 


                 Logo ini mengandungi warna-warna asas  Jalur Gemilang
                 yang  bertepatan  dengan  maksud  tema  yang  dipilih  pada

                 tahun ini.












     2      HARI KEBANGSAAN 2023
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15