Page 10 - Inisiatif Bantuan Rakyat Dan Kos Sara Hidup Belanjawan 2025
P. 10
Bantuan Warga Emas
2024 2025
RM500 RM600
Sebulan Sebulan
Kadar bantuan kebajikan bulanan meningkat sebanyak RM100
berbanding pada 2024.
Peruntukan bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
meningkat kepada RM2.9 bilion berbanding RM2.4 bilion pada 2024.
Peruntukan kebajikan warga emas meningkat kepada RM1 bilion.
Peningkatan ini bertujuan untuk membiayai bantuan tunai, wang
saku institusi warga emas dan pusat aktiviti.
Jumlah keseluruhan bantuan STR, SARA dan JKM bagi warga emas
miskin layak menerima bantuan lebih RM10 ribu setahun berbanding
RM8 ribu setahun pada 2024.
Agensi pelaksana ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
7

