Page 30 - Inisiatif Bantuan Rakyat Dan Kos Sara Hidup Belanjawan 2025
P. 30
Bantuan Pembelian Tiket
Kapal Terbang
2024 2025
60 RIBU 60 RIBU
Mahasiswa Mahasiswa
Bantuan kepada 60 ribu mahasiswa yang kurang mampu khususnya
dari Sabah dan Sarawak untuk pulang ke kampung.
Ikhtiar FLYsiswa telah diperkenalkan sebelum ini yang merupakan
bantuan subsidi pembelian tiket kapal terbang bagi pelajar universiti
awam, politeknik, kolej komuniti, kolej matrikulasi dan institut
pendidikan guru (IPG).
Pada 2024, ikhtiar FLYsiswa diteruskan dan memberi manfaat
kepada hampir 60 ribu mahasiswa daripada keluarga kurang
berkemampuan mendapatkan tiket kapal terbang untuk pulang ke
kampung.
Agensi pelaksana ialah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
27

