Page 63 - Manual Perhubungan Awam
P. 63
PENGURUSAN ADUAN AWAM
Standard Operating Procedure (SOP) Pengurusan Aduan Awam ini adalah bertujuan memaklumkan langkah-
langkah menambahbaik sistem pengurusan aduan awam. SOP Pengurusan Aduan Awam ini merujuk kepada
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2009 Penambahbaikan Proses Pengurusan
Aduan Awam. SOP Pengurusan Aduan Awam ini menjadi panduan dan rujukan dari semasa ke semasa.
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2009 memansuhkan Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam (PKPA) BIL 4/1992 demi penambahbaikan proses pengaduan awam dan bertujuan
memaklumkan mengenai sistem pengendalian pengaduan awam yang baharu dan peranan ketua-ketua jabatan
bagi melaksanakan sistem pengendalian awam yang berkesan.
Pengurusan aduan awam yang cekap amat penting dalam meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian
perkhidmatan awam. Pegawai Perhubungan Awam memainkan peranan penting untuk menguruskan aduan
awam secara telus, cekap dan bersistematik.
II. PELAKSANAAN
Proses pengurusan aduan awam meliputi penerimaan, siasatan pengumpulan awal, pengumpulan maklumat
dan penyelesaian aduan. Pengurusan aduan awam ditetapkan dalam tempoh 15 hari bekerja bagi meningkatkan
kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik.
III. DEFINISI
Aduan – Hal atau perkara yang diadukan.
Aduan Pelanggan – Aduan yang diterima melalui surat, borang maklum balas, telefon, e-mel dan portal.
Maklum balas – Maklumat yang diterima dalam bentuk aduan, cadangan persepsi dan penghargaan.
Pelanggan – Individu atau kumpulan yang melibatkan diri dalam proses berkenaan.
55M a n u a l P e r h u b u n g a n A w a m
Jabatan Penerangan Malaysia