Page 102 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 102
NEGARAKU TAHUN MERDEKA

Penyertaan Dalam ASEAN Serlah Komitmen Malaysia di Mata Dunia
Malaysia menganggotai ASEAN pada 8 Ogos 1967 dan menjadi negara membangun yang pertama
mengutarakan idea tentang Rundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) sebagai langkah positif untuk
menentang arus kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

Tuan Rumah Persidangan Politik Sejagat
Malaysia sering diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa kerana
mendapat kepercayaan masyarakat dan pertubuhan antarabangsa terhadap kestabilan politik. Malaysia
pernah dilantik sebagai tuan rumah pelbagai persidangan antarabangsa antaranya The Non-Aligned

Movement (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pengerusi ASEAN 2015 bagi penganjuran
Sidang Kemuncak ASEAN ke-26.
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107