Page 144 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 144
NEGARAKU TAHUN MERDEKA

Malaysia Negara Keenam Terbaik Dunia Untuk Persaraan
Malaysia diiktiraf berada pada kedudukan keenam negara terbaik dunia untuk persaraan bagi tahun 2017 oleh laman web International
Living. Menurut laman web tersebut, Malaysia merupakan satu-satunĀ­ ya negara dari benua Asia berada pada kedudukan 10 negara terbaik
dunia untuk persaraan mengatasi negara seperti Sepanyol, Portugal dan Malta.

Antara faktornya ialah kos sara hidup di Malaysia adalah rendah serta negara ini memiliki kualiti perkhidmatan kesihatan yang tinggi.
Bandar-bandar di Malaysia bersih dan moden serta mempunyai pengangkutan awam terbaik serta rakyatnya yang ramah. Malaysia juga
merupakan salah satu daripada tiga negara di Asia yang membenarkan penduduk membeli hartanah secara pegangan bebas selain
menawarkan percutian bajet dan kelas pertama yang besar.
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149