Page 23 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 23
NEGARAKU TAHUN MERDEKA 9

Epilog
Merdeka

Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada
masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur
Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana pemimpin yang berwibawa,
sistem pentadbiran dan pemerintahan yang cekap di samping kedudukannya yang strategik berada di
tengah-tengah perjalanan antara timur dengan barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai
pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul
sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri
telah memeluk agama tersebut.

Era Penjajahan Tanah Melayu
jatuh ke tangan
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu Belanda pada
berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun
1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris- 1641
Belanda.
dan British
British telah campur tangan dalam semua urusan pentadbiran Tanah Melayu kecuali hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu 1824
dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan
rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang melalui Perjanjian
penjajah di beberapa buah negeri seperti Dol Said (Naning, Melaka), Tok Janggut (Kelantan), Inggeris-Belanda.
Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah (Pahang), Rentap dan Rosli Dobi (Sarawak), Datuk
Maharajalela (Perak) dan beberapa tokoh pejuang tanah air yang lain.
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28