Page 38 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 38
NEGARAKU TAHUN MERDEKA

Suruhanjaya Reid Pada 5 Ogos

Pada 21 Februari 1957, penyata Suruhanjaya Reid iaitu hasil kajian satu Suruhanjaya Persekutuan 1957
Tanah Melayu dipengerusikan oleh Lord Reid, bagi menggubal undang-undang dan Perlembagaan
Tanah Melayu merdeka diterbitkan. Surat perjanjian
Persekutuan Tanah
Suruhanjaya itu menggariskan aspek-aspek pembentukan Parlimen, perlantikan Yang di-Pertuan Melayu dibuat
Agong dan Timbalannya sebagai Ketua dan Timbalan Ketua negara. Kuasa Raja-Raja Melayu, hak antara Sir Donald
istimewa orang-orang melayu, Agama Islam sebagai agama rasmi, perlantikan Perdana Menteri, Charles Mac
pilihanraya dan lain-lain. Gillivray dengan
semua Raja-raja
Tarikh merdeka hampir tiba. Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj bersama Dato’ Abdul Melayu dari semua
Razak, Dato’ V.T Sambathan, Dato’ Omar Ong Yoke Lin dan Tuan Haji Mustapha Bakri, penyimpan negeri.
mohor raja-raja ke London sekali lagi. Misinya untuk meneliti persiapan akhir bagi penyerahan kuasa
kepada rakyat untuk memastikan kemedekaan diisytiharkan pada tarikh yang dijanjikan. Tanah Melayu
akhirnya dapat
Perisytiharan Merdeka mencapai
kemerdekaannya
Pada 3 Ogos 1957, Raja-raja Melayu bersidang dalam satu persidangan khas untuk memilih dan pada 31 Ogos
melantik seorang Yang di-Pertuan Agong dan Timbalannya yang membawa kepada persetujuan
melantik Tuanku Abdul Rahman Tuanku Mohammad sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama. 1957

Selain itu, surat perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dibuat pada 5 Ogos 1957 antara Sir Donald
Charles Mac Gillivray dengan semua Raja-raja Melayu dari semua negeri. Mac Gillivray selepas
menandatangani perjanjian itu yakin bahawa surat perjanjian itu adalah satu risalah kerajaan
menentukan perlembagaan yang bersesuaian dengan kehendak semua bangsa yang tinggal di
dalamnya.

Pada jam 12.01 tengah malam 31 Ogos 1957, Padang kelab Selangor berhadapan Bangunan Sultan
Abdul Samad, Bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan.
Bendera Union Jack diturunkan secara perlahan-lahan dengan iringan lagu ‘God Save The Queen’
dalam suasana yang penuh mengharukan. Tidak lama setelah bendera Persekutuan dikibar di puncak
tiang, para hadirin diselubungi suasana sayu dan megah terutama semasa Tunku berjalan perlahan-
lahan mengelilingi padang melambai dan melaungkan “MERDEKA” sambil berterusan disambut
semua hadirin.

Sehubungan itu, Tanah Melayu akhirnya dapat mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 dan
lahirlah satu bangsa baru dengan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat seperti negara lain
di dunia.
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43