Page 46 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 46
NEGARAKU TAHUN MERDEKA

Penubuhan Malaysia

Pada 27 Mei 1961, dalam ucapan Tunku Abdul
Rahman Putra Al-haj di Majlis Makan Malam dalam
Kelab Wartawan Asing Asia Tenggara di Hotel Adelphi,
Singapura, Tunku menyuarakan gagasan percantuman
Singapura, Sarawak, Brunie, Borneo Utara dan
Persekutuan Tanah Melayu sebagai Persekutuan
Malaysia. Atas galakan para pemimpin negeri-negeri
di bawah pentadbiran British dalam Persekutuan
Tanah Melayu, Tunku berangkat ke London pada 1
November 1961 untuk meninjau pandangan kerajaan
British mengenai gagasannya.

Pertemuannya dengan Perdana Menteri British, Harrold
Mc Millan jelas membayangkan persetujuan British
terhadap gagasan Malaysia. Walau bagaimanapun,
Indonesia dan Filipina menentang penubuhan
Malaysia dan menganggap penubuhan Malaysia
sebagai suatu penjajahan dalam bentuk baharu.
Namun, Tunku berusaha menerangkan kepada kedua-
duanya tentang tujuan penubuhannya untuk melihat
semua negeri yang masih di bawah pentadbiran
British dibebaskan. Meskipun usaha damai Tunku sia-
sia belaka ekoran Indonesia melancarkan Konfrontasi
terhadap Malaysia (1962-1966). Berbekalkan
semangat merdeka, pahit getir Konfrontasi dihadapi
dengan jaya.Gagasan Malaysia diteruskan.

Pada Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen
Komanwel, cawangan Tanah Melayu dan Borneo
telah diadakan di Singapura. Mesyuarat tersebut telah
bersetuju menubuhkan Jawatan Kuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia. Jawatan kuasa ini telah
bermesyuarat empat kali, di Sabah pada bulan Ogos
1961, di Kuching, Sarawak pada bulan Disember 1961,
di Kuala Lumpur pada bulan Januari 1962, dan di
Singapura pada bulan Februari 1962.
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51