Page 9 - Negaraku 60 Tahun Merdeka
P. 9
NEGARAKU TAHUN MERDEKA v

ABSTRAK

Buku ‘Negaraku 60 Tahun Merdeka’ diterbitkan sempena menyambut ulang tahun ke-60 sambutan
kemerdekaan Malaysia. Buku ini merupakan satu daripada koleksi bahan penerbitan negara yang
digarap dan disediakan hasil percambahan minda anggota Bahagian Penerbitan Dasar Negara,
Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Judul Buku ‘Negaraku 60 Tahun Merdeka’ membawa maksud imbasan
momen berharga dan penuh sejarah dalam pembangunan negara
sejak merdeka hingga kini, di samping deretan peristiwa, perjalanan
pembangunan dan kejayaan-kejayaan negara selama 60 tahun berdiri
megah sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Kandungan buku ini turut memuatkan bingkisan pengalaman dan
kejayaan wira tak didendang, anak-anak Malaysia yang lahir pada 31
Ogos dan 16 September selain rancangan-Rancangan pembangunan
negara serta beberapa artikel terpilih yang diilustrasikan melalui
gambar-gambar peristiwa terdahulu dan terkini sebagai sumber
pengetahuan yang berguna seterusnya menjadi rujukan dan warisan
untuk generasi pada masa hadapan.

Rentetan peristiwa-peristiwa inilah yang mampu memberi iktibar dan

pengajaran kepada kita semua dalam mendepani cabaran mendatang.

Sungguh pun banyak karya terhasil sebelum ini yang menyentuh

tentang kemerdekaan Malaysia, tetapi penulisan buku ini dengan “Judul Buku ‘Negaraku 60
genre santai berinformasi wajar dijadikan rujukan dan manfaat Tahun Merdeka’ membawa
kepada seluruh warga Malaysia. maksud imbasan momen

Penerbitan buku ini disusun dan diringkaskan dengan pengisian berharga dan penuh sejarah
yang merangkumi semua sektor sejak 60 tahun era kemajuan dalam pembangunan negara
negara dari zaman pra merdeka, mencapai kemerdekaan dan sejak merdeka hingga kini”

selepas merdeka. Pencapaian negara dalam pelbagai sektor

juga dikupas dengan penceritaan bergambar yang mampu mengimbau semula keringat leluhur

terdahulu dalam mendapatkan kemerdekaan dan kecemerlangan negara yang dikecapi hari ini.

Semoga penerbitan buku ini diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Malaysia
demi memartabatkan keagungan nilai sejarah dan kegemilangan negara.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14