Page 139 - Raja Payung Negara
P. 139
MEMINATI
SUKAN
GOLF DAN
BERIADAH

Walaupun rutin harian Baginda
dipenuhi dengan tugas-
tugas rasmi dan sosial,
Baginda tidak pernah mengabaikan
aspek penampilan dan kesihatan diri.
Baginda akan cuba membahagikan
masa Baginda bagi aktiviti peribadi
yang bercorak riadah dan sukan. Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Hajah Haminah menaruh
minat yang mendalam terhadap sukan
golf. Baginda sememangnya terkenal
dengan kehandalan Baginda tatkala
menyertai pelbagai kejohanan golf
wanita. Pelbagai kejohanan golf wanita
telah disertai oleh Baginda antaranya
termasuklah Penang Open dan Perak
Open. Kejohanan yang meninggalkan
kenangan manis buat diri Baginda ialah
Pertandingan Golf Piala Bapa Malaysia
pada tahun 1987 yang mana Baginda
merupakan Johan Pertandingan dan
hadiah kejohanan telah disampaikan
sendiri oleh Bapa Malaysia Almarhum
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Atas
kesungguhan serta minat mendalam
Baginda dalam sukan ini, Baginda telah
menjadi pendorong kepada pelbagai
pertandingan golf wanita di negeri
Kedah. Selain golf, Baginda juga turut
meminati permainan skuasy, tenis dan
badminton.

123Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144