Page 147 - Raja Payung Negara
P. 147
MENYAYANGI
RAKYAT JELATA

Baginda amat prihatin dengan tiga perkara, iaitu hal
berkaitan agama, Perkhidmatan Tadbir Awam Kedah
(KCS) dan adat istiadat Melayu. Menteri Besar Kedah
turut menyatakan Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam
Shah tekun bekerja sepanjang hari seperti rakyat jelata
kerana Baginda berkenan berangkat ke pejabat kira-kira
pukul sembilan pagi dan pulang ke istana untuk bersantap
dan kadangkala Baginda berangkat semula ke pejabat pada
sebelah petang. Hal ini kerana semua fail dan dokumen
berkaitan bidang kuasa Baginda disimpan di pejabat. Baginda
sangat merendah diri dengan pergi ke pejabat sendiri untuk
menyemak dokumen dan sebagainya. Baginda juga amat
rapat dengan kakitangan bawahannya disebabkan Tuanku
Alhaj Abdul Halim berpengalaman dalam bidang pentadbiran
Kerajaan Negeri, misalnya pernah bertugas di Pejabat Tanah
dan Galian dan Pejabat Daerah sebelum naik takhta menjadi
Sultan Kedah ke-27 pada 14 Julai 1958.

Baginda menguruskan pentadbiran di Wisma Darul Aman dan amat rapat dengan semua kakitangan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah

131Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152