Page 157 - Raja Payung Negara
P. 157
I TELADAN
KESAYANGAN
SEMUA
Sepanjang lima tahun era pemerintahan Payung Negara
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menaungi
rakyat, semua lapisan rakyat merasakan amat
berbangga dan beruntung terhadap penghormatan Majlis
Raja-Raja Melayu mengamanahkan tugas sebagai Ketua
Negara untuk kali kedua.
Sepanjang tempoh pemerintahan kali kedua ini, Baginda
diraikan dan diberikan penghormatan dengan pelbagai
kaedah dan temasya bertemakan Raja dan Rakyat. Antaranya
termasuklah Pameran Raja Kita yang telah berlangsung di
Istana Negara pada tahun 2012 yang menyaksikan gambar-
gambar kenangan Baginda dan Permaisuri Agong serta Alat
Kebesaran dan artifak peribadi yang mendapat sambutan
hebat daripada pengunjung.
Jabatan Muzium dan Kesenian turut menganjurkan Pameran
Potret DiRaja dengan kerjasama Yayasan Sultanah Bahiyah
dipengerusikan YTM Tunku Intan Safinaz. Selain itu, Baginda
dan Tuanku Hajah Haminah juga sangat prihatin akan
kebajikan rakyat dan selalu mencemar duli hadir berjumpa
anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik.
141Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman