Page 82 - Raja Payung Negara
P. 82
inda sering menasihati rakyat agar terus bersatu
mengekalkan perpaduan, berkongsi rahmat dan
tanggungjawab terhadap tanah air kerana perpaduan
merupakan keunikan dan sumber kekuatan negara ini.

Baginda bertitah pada Majlis Santapan Malam Menjunjung
Kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka
Baginda YDP Agong XIV pada 12 Disember 2016 agar ahli-
ahli parlimen berfikiran jauh dan bersikap teliti menggubal
undang-undang menentukan hala tuju negara dan
pelaksanaan dasar.

Hal ini kerana sebagai pemimpin yang hampir kepada rakyat,
ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat sudah pasti dapat
memainkan peranan yang lebih berkesan untuk meningkatkan
kefahaman rakyat terhadap Prinsip Rukun Negara.

Para pemimpin diseru mempertahankan

keluhuran Perlembagaan Persekutuan

terutama perkara-perkara yang

menyentuh tentang Raja-Raja Melayu,

Agama Islam sebagai agama persekutuan

dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa

Kebangsaan yang merupakan asas dalam

Perlembagaan.

Baginda juga mahu memastikan Malaysia mampu mencapai
taraf negara maju dan kestabilan dari aspek ekonomi dan
sosial perlu dikekalkan. Bagi tujuan itu, seluruh rakyat jelata
perlu berganding bahu serta mengetepikan kepentingan diri.

066 Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87