Page 93 - Raja Payung Negara
P. 93
Tuanku Alhaj Abdul Halim juga
gemar berjumpa dengan rakyat jelata
dan bersua mesra terutama ketika
menunaikan Solat Jumaat dan Solat
Aidilfitri. Bagi Baginda, umat Islam
disaran mengimarahkan masjid dengan
pelbagai program sesuai keperluan
semasa berikutan institusi itu mampu
menjadi benteng kepada perpecahan
dan permusuhan dalam kalangan
masyarakat. Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam
Shah bertitah, institusi masjid turut
berperanan sebagai penyelesai kepada
cabaran dalam masyarakat termasuk
isu membabitkan keruntuhan akidah
serta moral.

"Beta gembira dengan wujudnya
kesepakatan dan kefahaman itu sudah
menghasilkan kesan yang amat besar
dalam kerangka menjadikan institusi
masjid sebagai medan membangun dan
membina kesejahteraan umat Islam
sepanjang zaman". Demikian titah
Baginda ketika merasmikan Sambutan
50 Tahun Masjid Negara. Turut hadir
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah
Haminah, Perdana Menteri, Dato’
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan
isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Masjid
Negara ke-50, pada 27 Ogos 2015

077Raja Payung Negara Daulat Sepanjang Zaman
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98