Page 13 - Semarak Malaysia Edisi 2020
P. 13
IAP kali sambutan Hari Kebangsaan diadakan, visual Bapa
Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melafazkan laungan keramat
‘merdeka’ di Stadium Merdeka kerap diputar semula baik di kaca
televisyen mahupun pada paparan media sosial. Pada masa sama,
sosok seorang pegawai lelaki di sebelahnya pasti menangkap mata kita.
Itulah Allahyarham Mejar (B) Mohd. Khalid Abdul Hamid yang ketika itu
berpangkat Kapten.

Allahyarham Mejar (B) Mohd. Khalid Abdul Hamid telah melalui era penuh
cabaran bermula dengan Perang Dunia Kedua, darurat dan konfrontasi
sehingga bersara daripada perkhidmatan tentera pada tahun 1965. Beliau
merupakan antara sebahagian daripada mereka yang menggerakkan
persiapan majlis menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Khalid pada
masa itu berpangkat kapten menjawat jawatan sebagai Pegawai Undang-
undang di Malaya Command (kini Kementerian Pertahanan). Beliau
adalah satu-satunya pegawai tempatan yang amat bertuah apabila diberi
penghormatan menjadi juruiring tentera untuk menyerahkan Suratcara
Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman pada hari keramat tersebut.

Pada detik yang dinantikan itu, Info
Kapten Mohd. Khalid begitu

tenang mengawal diri menghadapi Ÿ Mejar (B) Mohd Khalid Abdul

suasana tersebut kerana beliau Hamid.
akan berhadapan dengan Raja-raja Ÿ Dilahirkan pada September 1920
Melayu, pegawai tertinggi British
sebagai mewakili Ratu Elizabeth di Taiping, Perak.
II iaitu Duke of Gloucester dan Ÿ Kerjaya awal Prebet sebelum
ribuan rakyat Tanah Melayu yang
tidak sabar hendak melaungkan ditauliahkan sebagai Leftenan
kata-kata keramat ‘merdeka’. Bagi
Muda pada tahun 1949.
Ÿ Merupakan salah seorang rekrut

pengambilan khas Kompeni W,

kompeni tambahan selepas

memastikan acara itu berjalan ambilan Askar Melayu.
dengan sempurna, beberapa Ÿ Berkhidmat dalam Kompeni
hari sebelum itu, mereka telah
memulakan latihan kawad di Percubaan Askar Melayu.
hadapan Bangunan Sultan Abdul Ÿ Berkhidmat dalam Rejimen
Samad, Kuala Lumpur selama
tiga hari. Perbarisan kawalan Askar Melayu (Januari 1935).
Ÿ Dilantik sebagai Ketua Kompeni

Markas di Batalion ke-3 Askar

Melayu.

kehormatan pada hari tersebut

diketuai Mejar Abdul Hamid Bidin

yang ketika itu merupakan Penolong Pegawai memerintah Batalion

Pertama Rejimen Askar Melayu.

Kapten Mohd Khalid bersama pasukannya turut terlibat dalam pertempuran
menentang tentera Jepun di Singapura sehinggalah pada detik penyerahan
tentera British. Kapten Mohd Khalid bersama ratusan tentera yang lain
menjadi tahanan perang sebelum beliau bersama seorang lagi rakan
mengambil tindakan melarikan diri daripada kem tahanan. Mereka berdua
yang masih berpakaian seragam Askar Melayu tetapi tanpa sebarang
tanda lencana dengan berbekalkan wang yang ada mengambil keputusan
menaiki keretapi untuk pulang ke kampungnya di Kuala Kangsar, Perak.
Sepanjang perjalanan, dia duduk di dalam gerabak yang sama dengan
tentera upahan Jepun berbangsa Thai yang mengenakan pakaian hampir
sama. Kapten Mohd. Khalid melapor diri semula di Port Dickson selepas
tamat Perang Dunia Kedua dengan jumlah keseluruhan kira-kira tiga
kompeni berjaya dikumpulkan.

13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18