Page 74 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 74
Infomesen | 74 Info Kesihatan
“Ketiga, ajak mereka melakukan aktiviti yang
berfaedah bagi mengalih pemikiran mereka yang
sentiasa mahu merendahkan dan memperlekehkan
orang lain,” saran Brendan.
Tambahnya lagi, kerap memuji kebaikan
yang dilakukan terhadap orang lain. Keadaan
ini dapat mengajar mereka untuk berbuat baik
sesama manusia. Dari segi sokongan, kita juga perlu
menyokong mereka melalui tindakan rasa simpati dan
empati dengan masalah yang mereka alami.
Melalui perkongsian ini, penulis menyedari
bahawa kesedaran setiap individu bahawa mereka
mempunyai ruang untuk berubah merupakan
langkah pertama yang berkuasa, termasuk bagi
mereka yang mengalami narsistik. Dalam perjalanan
ini, jangan pernah merasa keseorangan. Hidup bukan
tentang mengejar kesempurnaan atau pengiktirafan,
tetapi tentang menjadi versi terbaik diri kita.
Ketahuilah bahawa anda tidak ditentukan
oleh kelemahan, tetapi oleh usaha anda untuk
memperbaiki dan menambah nilai kepada kehidupan
anda sendiri dan orang lain. Setiap langkah kecil yang
diambil ke arah perubahan adalah kemenangan.
Kesihatan mental Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga harus
dititikberatkan dalam penghasilan modal insan
KAEDAH MENANGANI NARSISTIK
“Kita harus bijak mengawal emosi bila berhadapan
dengan karenah individu narsis ini dengan mengelak
dari konfrantasi pendapat atau meresponi
padangan mereka yang menjengkelkan sehingga
boleh menguris emosi kita,” nasihat Brendan yang
mempunyai pengalaman bertugas di lain-lain
tempat sekitar Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Dalam perkembangan yang sama, beliau
turut mencadangkan agar seseorang yang
berhadapan dengan golongan ini mempersiapkan
batasan dalam perhubungan dan menyarankan
untuk tidak berkomunikasi dengan mereka dalam
tempoh masa yang terlalu lama.
Ini untuk mengelakkan mereka dari terus
mengambil kesempatan bagi mempraktikkan sifat
narsis mereka terhadap kita. Oleh itu, terdapat
beberapa kaedah yang disarankan boleh
dipraktikkan untuk kesejahteraan perhubungan di
antara satu sama yang lain.
“Kita boleh menggunakan kaedah elakkan
berdebat atau mencari kesalahan daripada mana-
mana pihak kerana perbincangan sebegini tiada
kesudahannya dan boleh menjejaskan hubungan,”
jelas beliau.
“Kaedah lainnya pula, kerap bercerita
tentang perkara yang disukai agar mereka tidak Pendedahan awal seperti ceramah kesihatan boleh membantu
hanya fokus kepada diri mereka sahaja. para belia mengenal pasti masalah kesihatan mental

