Page 69 - Infomesen Edisi 2/2025
P. 69

Info Kesihatan                                                                         69  | Infomesen

               Menurut beliau lagi, pasukan WoW
        perlu berada dalam keadaan fit dan bersedia
        menjalankan tugas, selain memastikan semua
        peralatan dalam keadaan baik agar program
        dapat  berjalan  lancar  dan  memberi impak
        positif kepada peserta.

               Beliau turut menyeru masyarakat untuk
        mengambil peluang menyertai aktiviti yang
        dianjurkan oleh WoW. “Luangkan masa untuk
        menjalani ujian kecergasan dan menyertai
        pelbagai aktiviti menarik.

               Ini adalah langkah penting untuk
        mengetahui tahap kesihatan diri serta
        mengamalkan gaya hidup sihat bagi
        kesejahteraan diri dan keluarga,” katanya.
               Selain itu, beberapa responden turut
        berkongsi pengalaman  mereka  mengenai
        kebaikan program WoW. Maria Seli, 42,
        penjawat awam di Sarawak, menyatakan              Perkhidmatan mobile bergerak dalam menyediakan perkhidmatan
        bahawa program ini memberi kesedaran                   kesihatan mudah alih bagi semua komuniti berdekatan
        kepada orang ramai tentang kepentingan
        gaya hidup sihat.
               “Program ini bukan  sahaja memberi
        maklumat  kesihatan,  malah  mengeratkan
        hubungan kekeluargaan kerana mereka boleh
        berkumpul untuk mendapatkan perkhidmatan
        kesihatan dan menyertai aktiviti seperti jogging
        dan senaman,” katanya.

               Beliau turut menambah bahawa
        pelbagai    aktiviti  menarik  seperti  kuiz,
        gameshow dan pertandingan mewarna
        mampu menarik minat golongan muda untuk
        turut serta.                                           Maria Seli, 42, ketika ditemui di Pustaka Negeri Sarawak



































         Perkhidmatan mobile bergerak dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan mudah alih bagi semua komuniti berdekatan
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74