Page 118 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 118
genalan

Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah manifestasi
pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing
pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam dokumen Landasan Tindakan bagi
memajukan wanita ke tahun 2000 iaitu:

“Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan
komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini”.

Aktiviti & Pencapaian Pelancaran program i-Suri telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr.
Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 Ogos 2018
PROGRAM i-SURI semasa International Social Security Conference (ISSC) 2018 anjuran Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP).
Skim i-Suri merupakan usaha penambahbaikan i-Suri yang membolehkan
suami menyumbang 2% caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) ke dalam akaun isteri.

Usaha membuat tabungan dan simpanan KWSP untuk suri rumah
melalui skim insentif ini adalah sebagai salah satu langkah Kerajaan untuk
mewujudkan jaringan keselamatan sosial.

Ini selaras dengan matlamat jangka panjang bagi pelaksanaan program
caruman KWSP kepada suri rumah iaitu menyediakan jaringan keselamatan
sosial yang komprehensif kepada semua rakyat Malaysia.

Fasa 1 telah mula dilaksanakan pada 15 Ogos 2018 dan sehingga 15 Disember
2019. Bagi tempoh tersebut bilangan kumpulan sasar yang telah mendaftar
i-suri adalah seramai 140,398 orang iaitu 43.70% daripada 321,313 orang
kumpulan sasar yang layak memohon i-Suri.

106 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123