Page 119 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 119
ubungan dengan itu, ahli yang telah mencarum telah berjaya menerima
manfaat insentif Kerajaan yang melibatkan keseluruhan peruntukan
sebanyak RM7.93 juta (RM7,931,305.26).

KEMPEN MENCEGAH PEMBUANGAN BAYI

Kementerian mengambil langkah proaktif dengan merangka strategi
advokasi, pencegahan serta menjalankan program kesedaran awam khusus
kepada golongan remaja mengenai kesihatan reproduktif dan dalam usaha
untuk melaksanakan locality mapping dan strategic intervention bagi
kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai hot spot kes pembuangan bayi
melalui kerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Program Kempen Mencegah Pembuangan Bayi Bersama Media telah
diadakan sebagai salah satu inisiatif oleh kementerian dengan kerjasama
pihak PLUS dengan menampal pelekat (sticker) di pintu tandas di 22
kawasan rehat dan rawat (RNR) PLUS di seluruh negara.

Usaha ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa adalah Program pelancaran Kempen Mencegah Pembuangan Bayi turut dihadiri oleh YAB
menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
komuniti, institusi keagamaan, media, pihak berkuasa kerajaan negeri dan Masyarakat, dan YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Timbalan Menteri Pembangunan
Kerajaan Persekutuan dan lain-lain pihak yang berkaitan untuk sama-sama Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pada 27 Jun 2019 di PLUS R&R Seremban arah
memastikan keselamatan dan perlindungan bayi dan ibunya. Utara.

Buku Rasmi Tahunan MALAYSIA BAHARU 2019 107
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124