Page 124 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 124
genalan

Selaku kementerian yang bertanggungjawab memastikan keselamatan dalam negeri serta
kesejahteraan rakyat Malaysia terjamin dan terpelihara, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi-
agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan matlamat ini tercapai.

KDN akan terus komited dalam usahanya untuk memastikan keselamatan dan keamanan dalam Negara terjamin dan kesejahteraan rakyat tetap terpelihara
samada melalui penguatkuasaan undang-undang dan tindakan penguatkuasaan yang mantap dan berterusan serta pelaksanaan dasar-dasar dan program-
program yang berorientasikan perkhidmatan teras KDN.

Aktiviti & Pencapaian Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam yang telah dilancarkan oleh
YAB Perdana Menteri pada 3 Oktober 2019 dirangka untuk dijadikan sebagai
Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) rujukan dan panduan dalam menangani pelbagai isu berkaitan dengan
keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam secara bersepadu oleh
semua pihak yang berkaitan.

Dasar ini mengandungi enam teras dan 21 strategi yang meliputi keperluan
mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan dan institusi utama
negara; meningkatkan tadbir urus dan integriti; memperkukuhkan kawalan
keselamatan sempadan negara, menjamin keselamatan dan ketenteraman
awam, memerangi gejala dadah serta melindungi aset dan sasaran penting
negara.

YAB Perdana Menteri melancarkan Dasar Keselamatan Dan Ketenteraman Awam pada Program PATI Pulang Ke Negara Asal (Back For Good)
3 Oktober 2019 bertempat di Auditorium Kompleks D, KDN Putrajaya
Pengurusan pendatang asing dalam negara merupakan salah satu cabaran
utama kepada KDN. KDN, melalui Jabatan Imigresen Malaysia telah
melaksanakan Program PATI Pulang ke Negara Asal atau Back For Good
Programme untuk membolehkan warga asing yang telah melakukan

112 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129