Page 142 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 142
genalan

Meletakkan visi sebagai peneraju pertahanan negara yang berwibawa dan misi memastikan
pengurusan pertahanan negara sentiasa cekap, siap siaga dan dinamik, Kementerian Pertahanan
sentiasa berusaha mencapai objektif utama iaitu melindungi dan mempertahankan kepentingan
negara yang menjadi teras kepada kedaulatan, keutuhan wilayah dan kesejahteraan ekonomi.

Sebagai hala tuju, Kementerian Pertahanan fokus dan komited dalam memastikan kesiapsiagaan ATM berada pada paras Full Mission Capable, meneruskan
kesejahteraan dan kebajikan anggota tentera termasuk Veteran ATM, memperkukuhkan jaringan strategik dan hubungan diplomasi terutamanya dalam
kalangan negara-negara ASEAN dan antarabangsa serta meningkatkan integriti dalam tatacara pengurusan kewangan dan perolehan untuk memastikan
kerajaan mempunyai perancangan yang mampan dalam mentadbir negara.

Aktiviti & Pencapaian

KERTAS PUTIH PERTAHANAN (KPP)

Kertas Putih Pertahanan (KPP) merupakan satu dokumen terbuka
menggariskan hala tuju kerajaan dalam membentuk strategi jangka panjang
untuk melindungi kepentingan negara dan mempertahankan kedaulatan
dan keutuhan wilayah. Ia dirangka bagi tempoh 10 tahun (2021-2030)
merangkumi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12) dan Rancangan Malaysia
Ke-13 (RMK 13).

KPP juga mengorak langkah baharu dalam pengurusan pertahanan negara
yang lebih telus dan eksklusif selaras dengan corak kepimpinan kerajaan
masa kini.

Pembentangan Kertas Putih Pertahanan (KPP) buat kali pertama oleh YB Menteri
Pertahanan di Parlimen pada 2 Disember 2019.

130 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147