Page 137 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 137
AJAAN MALAYSIA BERJAYA MENERBITKAN BON
SAMURAI BERNILAI ¥200 BILION (RM7.3 BILION) PADA
KOS PENUH 0.63% SETAHUN UNTUK TEMPOH 10 TAHUN

Pada 8 Mac 2019, kerajaan telah berjaya menerbitkan bon Samurai dengan
jaminan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) sebanyak ¥200
Bilion (RM7.3 Bilion), bertempoh matang 10 tahun dengan kos keseluruhan
kepada kerajaan Malaysia sebanyak 0.63% setahun. Penerbitan bon ini
merupakan yang pertama sejak penerbitan bon Samurai yang terakhir pada
tahun 1989. Dengan saiz terbitan berjumlah ¥200 Bilion, ini adalah terbitan
bon kerajaan jaminan JBIC yang terbesar dalam pasaran Jepun.

Proses penerbitan ini dimulai dengan siri jelajah dua hari di Tokyo, Jepun
pada 7 dan 8 Februari 2019 yang diketuai oleh YB Tuan Lim Guan Eng,
Menteri Kewangan Malaysia. Ini diikuti dengan sesi Pemasaran Rasmi pada
4 hingga 7 Mac 2019. Sewaktu proses pemasaran dijalankan, para pelabur
telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap penerbitan ini dan ini
mencerminkan tahap keyakinan mereka terhadap ekonomi, tadbir urus
dan pembaharuan struktur Malaysia. Terbitan ini telah menerima sambutan
yang amat memberangsangkan daripada pelbagai institusi dan pelabur-
pelabur Jepun yang berkualiti. Pelabur-pelabur tersebut adalah bank-bank
khusus (37.9%), bank-bank bandar (35%), syarikat-syarikat insurans nyawa
(13.9%), bank-bank wilayah (6.5%), bank-bank shinkin (3.8%) dan lain-lain
(2.9%).

Peluang yang ditawarkan oleh Kerajaan Jepun kepada Malaysia untuk
memasuki pasaran bon Samurai telah meningkatkan lagi kedudukan
Malaysia sebagai salah satu destinasi pelaburan terkemuka di rantau ini, di
samping mempelbagaikan asas pembiayaan Kerajaan Malaysia. Mizuho
Bank, HSBC Malaysia dan Daiwa Securities dengan kerjasama Affin
Hwang Investment Bank merupakan pengatur utama bersama (Joint Lead
Arrangers) dan Bookrunners bagi terbitan ini.

Buku Rasmi Tahunan MALAYSIA BAHARU 2019 125
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142