Page 198 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 198
genalan
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) bertanggungjawab dalam
menyediakan infrastruktur komunikasi yang komprehensif dan inklusif; memacu pertumbuhan
ekonomi digital, memperkasakan jaringan dan infrastruktur telekomunikasi digital dan
komunikasi negara; memperluas dan memperdalamkan penyampaian dan penyebaran
maklumat secara strategik.
Aktiviti dan Pencapaian
MAJLIS PERASMIAN PROJEK RINTIS PELAN
GENTIAN OPTIK DAN KESALINGHUBUNGAN
NEGARA (NFCP)
Dalam satu usaha untuk menilai aspek teknikal, keselamatan dan keboleh-
harapan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP),
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah bekerjasama
dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menjalankan projek rintis di
Majlis Perbandaran Jasin, Melaka pada 8 Januari 2019.
Menerusi inisiatif ini, sejumlah 1,100 kediaman di tiga kawasan di Taman
Merbau, Taman Maju dan Felda Kemendor dapat menikmati internet
berkelajuan tinggi mencecah 1Gbps. Hasil projek rintis ini akan diteliti
secara keseluruhannya bagi pertimbangan pelaksanaan pada skala lebih
besar di seluruh negara.
YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama
YB Kerk Chee Yee, Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri
Melaka menguji kelajuan internet di salah sebuah rumah penduduk di Felda Kemendor.
186 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan