Page 199 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 199
Teknologi tanpa wayar dan satelit akan digunakan supaya lebih ramai
rakyat dapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar. NFCP menggalakkan
penglibatan rakyat dalam pembangunan ekonomi digital dalam menghadapi
Revolusi Industri 4.0.

MAJLIS PENUTUPAN PERSIDANGAN PERMAINAN
DIGITAL TERULUNG DI MALAYSIA EDISI KE-5,
LEVEL UP KL BIZ 2019

LEVEL UP KL 2019 adalah temasya tahunan permainan digital Asia
Tenggara yang menjadi platform di rantau ini, yang menghimpunkan
pembekal teknologi, penerbit dan pembangun permainan digital tempatan
dan antarabangsa untuk belajar dan berkongsi maklumat terbaru mengenai
teknologi pembangunan kandungan dan trend perniagaan dalam industri.

YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri mengadakan Kerajaan prihatin dan komited terhadap pembangunan industri permainan
lawatan ke gerai pameran sempena Majlis Pelancaran Pelan Gentian Optik dan yang berpotensi menarik pelaburan baharu serta membantu perkembangan
Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan diringi oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri syarikat dan bakat-bakat tempatan. Berhubung perkara ini, satu dasar baharu
Komunikasi dan Multimedia. iaitu Dasar Ekosistem Kandungan Digital (DICE).

MAJLIS PELANCARAN PELAN GENTIAN OPTIK
DAN KESALINGHUBUNGAN NEGARA (NFCP)

Majlis Pelancaran Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara
(NFCP) telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail, Timbalan Perdana Menteri, di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC) pada 19 September 2019.

NFCP adalah satu pelan 5 tahun (2019-2023) untuk menyediakan
kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh dan berkualiti tinggi
dan mampu milik bagi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

NFCP memberi keutamaan kepada penyediaan infrastruktur digital yang
mampan berteraskan rangkaian gentian optik.

Buku Rasmi Tahunan MALAYSIA BAHARU 2019 187
   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204