Page 21 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 21
ma

Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa
“Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

Perkara 11 mengenai kebebasan beragama pula menyatakan
“Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan
ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya”.
Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai
agama rasmi, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
keturunan dan kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-
masing. Kebebasan ini membentuk perpaduan yang kukuh antara
kaum dan ini telah dibuktikan dengan keamanan yang di kecapi oleh
rakyat Malaysia selama ini.

Buku Rasmi Tahunan MALAYSIA BAHARU 2019 9
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26