Page 24 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 24
asi

Malaysia merupakan sebuah negara
persekutuan yang terletak di Asia
Tenggara.

Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China
Selatan iaitu Semenanjung Malaysia (bersempadan Thailand di utara dan
Singapura di selatan) dan Malaysia Timur (bahagian utara Pulau Borneo
yang bersempadan dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara).
Malaysia terletak berhampiran dengan garisan Khatulistiwa iaitu pada
Garisan Lintang 1˚ dan 7˚ Utara dan Garisan Bujur 100˚ dan 119˚ Timur.
Keluasan Malaysia meliputi 330,534 km2.

Iklim
Malaysia mengalami cuaca yang panas
dan lembap sepanjang tahun. Purata suhu
harian di seluruh Malaysia ialah antara
21˚C hingga 32˚C.

Lazimnya, iklim Malaysia dipengaruhi oleh angin yang bertiup dari
Lautan Hindi (Angin Monsun Barat Daya pada Mei hingga September)
dan Laut China Selatan (Angin Monsun Timur Laut pada November
hingga Mac). Hujan tahunannya adalah 80 peratus setahun iaitu antara
2,000mm hingga 2,500mm.

12 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29