Page 316 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 316
genalan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), ditubuhkan pada April 1956 dan
beribu pejabat di Pejabat Kerajaan, Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Pada Februari 1972, kementerian ini ditukar nama kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Kemudian, pada 27 Oktober 1990, kementerian ini
dipisahkan pula kepada dua kementerian yang berasingan iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Susulan terpisahnya kedua-dua kementerian tersebut, maka terbentuklah Kementerian Perdagangan
Antarabangsa Dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan kepenggunaan (KPDNKK).

Aktiviti dan Pencapaian

ANUGERAH KECEMERLANGAN INDUSTRI (AKI) 2018
Penganjuran Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) adalah untuk
mengiktiraf syarikat-syarikat Malaysia yang cemerlang dan telah mencapai
tahap kecemerlangan tertentu dalam bidang produk dan perkhidmatan.

AKI menggunakan Kecemerlangan Kerangka Perniagaan (BEF)
sebagai kriteria penanda aras dalam proses pemilihan pemenang bagi
menggalakkan dan mempamerkan syarikat, terutamanya syarikat tempatan
di Malaysia, sektor perkilangan dan perkhidmatan untuk terus memperbaiki
sistem pengurusan serta kualiti produk dan perkhidmatan.

Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2018 telah diadakan pada 19 April 2019 di
Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh YAB Tun Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia.

304 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
   311   312   313   314   315   316   317   318   319   320   321