Page 318 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 318
i MITI 2019 masih meneruskan konsep mesra rakyat dan berimpak
tinggi yang dibahagikan kepada empat (4) elemen utama iaitu Seranta
(Outreach), Keusahawanan, Peluang Pekerjaan dan Pelaburan.

Antara pengisian program adalah seperti Pameran MITI dan Agensi,
Pameran Kerjaya & Sesi Temuduga Terbuka, Pameran Perdagangan dan
Industri, Mini Autoshow, Pocket talk , dan Program e-Dagang Bersama
Rakyat.

PELANCARAN APEC 2020 YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri bersama YB Datuk Datuk Darell
Bertemakan konsep ‘kemakmuran bersama’, Pelancaran APEC 2020 telah Leiking, Menteri MITI, dan YB Dr Ong Kian Ming,Timbalan Menteri MITI melancarkan
dilancarkan secara rasminya oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana APEC 2020.
Menteri di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya pada 4 Disember 2019.

Tahun 2020 memang merupakan tahun penting bagi APEC kerana ia
menandakan berakhirnya ‘Bogor Golds’, aspirasi jangka panjang untuk
APEC mencapai perdagangan dan pelaburan yang bebas serta terbuka
di rantau Asia Pasifik. Ia adalah tahun bagi memperingati pencapaian dan
matlamat untuk lebih banyak aktiviti ekonomi yang makmur di seluruh
rantau ini.

APEC 2020 akan lebih mengoptimumkan ekonomi digital dan teknologi
untuk memperkasakan wanita, pembangunan belia, warga emas sekaligus
mewujudkan persekitaran yang kondusif buat usahawan, permulaan dan
perusahaan sosial.

Fokus yang sama pentingnya akan diberikan kepada pembangunan
inovatif kerana semua unsur-unsur ini adalah komponen penting dalam
ekosistem yang akan menyumbang kepada kemakmuran bersama.

Merangkumi 21 ekonomi termasuk Malaysia, APEC adalah forum
ekonomi serantau yang ditubuhkan pada tahun 1989 untuk mewujudkan
kemakmuran yang lebih besar bagi rakyat rantau ini iaitu mempromosikan
pertumbuhan yang seimbang, inklusif, mampan, inovatif dan selamat serta
mempertingkatkan integrasi ekonomi serantau.

306 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
   313   314   315   316   317   318   319   320   321   322   323