Page 324 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 324
genalan

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC) bermula sebagai sebuah Jabatan
yang ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Malaysia pada tahun 1959 dengan nama
Jabatan Pelancongan.

Kepesatan sektor pelancongan dan kebudayaan pada era 70an dan 80an dalam memacu pembangunan ekonomi negara membawa kepada penubuhan
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada tahun 1987.

Aktiviti dan Pencapaian Jumlah penyertaan sebanyak 1675 melebihi jangkaan 1000 penyertaan dan
melibatkan seramai 147, 182 delegasi luar negara.
WORLD TOURISM CONFERENCE (WTC) 2019

Sebagai satu platform untuk meneroka peluang baru dan potensi baru
dalam industri sektor pelancongan. Melalui tema “Beyond Tourism”
mesyuarat dan persidangan ini bertujuan membuka peluang perniagaan
baru untuk lebih berkembang. Perkembangan industri teknologi yang
drastik menggalakkan lagi hasil kejayaan yang ingin dicapai memenuhi
jangkaan penggiat industri dan pelanggan.

Platform ini juga menghubungkan pemain industri dan pemegang taruh
perniagaan dalam sektor pelancongan untuk berkongsi maklumat,
pandangan dan melebar luaskan lagi jaringan.

Persidangan ini akan menghimpunkan pemimpin-pemimpin dunia di
dalam industri pelancongan, pembuat polisi dan dasar, dan pakar-pakar
daripada sektor awam, sektor swasta, golongan akademik dan wakil media
antarabngsa unutk bertukar pendapat dan pengalaman, meningkatkan
pengetahuan dan mengembangkan jaringan antarabangsa bagi
perkembangan pelancongan di Malaysia dan di peringkat global.

312 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
   319   320   321   322   323   324   325   326   327   328   329