Page 328 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 328
LEMBAGAAN DAN
SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis
yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada • Walaupun Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara, tetapi
Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan.
Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957. Konsep Ketinggian Perlembagaan berdasarkan Perlembagaan dibentuk dengan tujuan:
prinsip: • Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
• Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
• Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi. • Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
• Alat untuk menyelesaikan masalah.
• Menjadi punca kepada semua undang-undang. • Menjamin riwayat negara bangsa.
• Menjamin keamanan dan kestabilan negara.
• Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi
kuasa dan kedudukan Perlembagaan.

• Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan
Perlembagaan.

• Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-
undang yang digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan
Perlembagaan.

316 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
   323   324   325   326   327   328   329   330   331   332   333