Page 34 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 34
lis Sambutan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW
Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan merupakan
SKAeWbanPgesrainagnkTaat hun salah satu acara rasmi negara dan
1441H/2019M disambut sebagai acara tahunan pada
setiap 12 Rabiulawal Tahun Hijri.
22 MALAYSIA BAHARU 2019: Buku Rasmi Tahunan
Acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan ini digerakkan
oleh sebuah Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh YB
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan diurusetiakan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tema sambutan ialah
“Negara Rahmah Ummah Sejahtera” bagi mempromosikan Islam
sebagai agama rahmah yang menyeru manusia untuk saling hormat
menghormati, berkasih sayang, bertoleransi, saling memaafkan dan
bersifat belas ehsan.
Penganjuran majlis bertujuan untuk menzahirkan tanda kecintaan
umat terhadap perutusan Rasulullah SAW dan juga mengajak segenap
lapisan masyarakat untuk mengenang serta meneladani perjuangan
Rasulullah SAW dalam menyebar risalah Islam bagi membentuk
masyarakat yang dinamis, progresif, memupuk perpaduan dan
ukhuwah yang menjadi antara tunjang keindahan Islam.
Bagi tahun 1441H/2019M, Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW
Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 9 November 2019 (Sabtu),
bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur, jam 7.00 pagi.
Majlis telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji
Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.