Page 37 - Buku Rasmi Tahunan 2019
P. 37
anjawan 2020
Belanjawan 2020 telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 Oktober 2019,
bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah
Kemakmuran Bersama.
Belanjawan yang dibentang oleh Tuan Lim Guan Eng, YB Menteri YB Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2020 di Parlimen Malaysia.
Kewangan tersebut merupakan Belanjawan kedua di bawah Kerajaan
Pakatan Harapan. Belanjawan Pakatan Harapan pertama yang Buku Rasmi Tahunan MALAYSIA BAHARU 2019 25
dibentangkan pada 2018, menumpukan kepada konsolidasi dan
rasionalisasi fiskal, reformasi institusi dan dasar berjiwa rakyat bagi
memperbetulkan penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa
yang berleluasa di bawah pentadbiran terdahulu.
Belanjawan 2020 pula antara lain menunjukkan komitmen kerajaan
untuk menstabilkan semula kedudukan kewangan kerajaan dan
meneruskan matlamat Wawasan 2020 dengan trajektori pertumbuhan
baharu berasaskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang
dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, YAB Perdana Menteri
Malaysia.
Sebanyak RM297 billion atau 18.4% daripada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) akan diperuntukkan bagi Belanjawan 2020 dengan
81.4 % atau RM241 bilion untuk perbelanjaan mengurus (OE) manakala
baki RM56 bilion bagi perbelanjaan pembangunan (DE).Sehubungan
itu, suntikan tambahan sebanyak 0.2 % daripada KDNK disediakan
menerusi DE untuk mempercepat pelaksanaan projek dengan kesan
pengganda tinggi dan strategik seperti pembinaan landasan kereta api
dan jalan raya, menaik taraf sekolah, klinik serta memperluas jaringan
infrastruktur jalur lebar di pinggir bandar.