Page 3 - Buletin Citra Edisi 3/2020
P. 3
Utama

‘Malaysia Prihatin’,

Norma Baharu Sambutan
Hari Kebangsaan 2020

Hari Kebangsaan 2020, pada tahun ini pastinya melakar sejarah baharu kepada kita
semua apabila buat julung kalinya sambutan diadakan dalam suasana mengikut
norma baharu. Sambutan tahun ini diadakan bagi mengurangkan perhimpunan ramai
selain memastikan setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi dalam
mencegah penularan wabak COVID-19. Perarakan serta perbarisan sama sekali tidak
dibenarkan.

Tahun ini, sambutan telah diadakan di Dataran
Pahlawan, Putrajaya dengan keberangkatan tiba
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memeriksa
kawalan kehormat utama selain Baginda
mencemar duli untuk bersama-sama menyaksikan
siaran langsung yang telah disediakan pihak Radio
Televisyen Malaysia (RTM).

Walaupun sambutan kali ini diadakan dalam Hargailah perjuangan pejuang dengan menzahirkan
situasi yang berbeza namun ia tidak mematahkan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang
semangat kemerdekaan, sebaliknya ia meningkat di rumah, premis perniagaan dan juga ruang
semangat dan penghayatan erti kemerdekaan pejabat sebagai tanda cintakan negara kita
dalam kebatasan norma baharu. Sebagai rakyat Malaysia!
Malaysia, marilah kita bersama-sama memeriahkan
sambutan dengan norma baharu walau di mana
sahaja kita berada tanpa mengira umur, bangsa
dan agama.

Citra 03T e r i s i m i n d a d e n g a n k a m i Buletin
   1   2   3   4   5   6   7   8