Page 8 - Buletin Citra Edisi 3/2020
P. 8
TaAhunkdaah?

Sejarah Bendera

Malaysia

Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949 menganjurkan
pertandingan mereka cipta bendera baru.

Daripada 373 corak bendera yang dipertandingan, hanya tiga reka bentuk dikemukakan kepada
umum.

Reka bentuk ciptaan Mohamad bin Hamzah, seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Johor telah dipilih
melalui pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar Malay Mail.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan corak bendera bagi
Persekutuan Tanah Melayu

Peristiwa itu menandakan buat pertama kalinya Persekutuan Tanah Melayu mempunyai bendera
sendiri sebagai simbol sebuah Negara.

Buat pertama kalinya, pada 26 Mei 1950 bendera Persekutuan Tanah Melayu megah berkibar di
perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur.

Pada 16 September 1963, bendera Negara telah diubahsuai kepada 14 jalur merah dan putih
menunjukkan 14 buah negeri termasuk Sabah, Sarawak dan SIngapura dan bintang juga dipecah
14 bucu.

Ogos 1965 - Bendera kekal dengan 14 jalur walaupun Singapura keluar daripada Malaysia.

1974 - Jalur ke empat belas melambangkan 2 wilayah persekutuan.

Maksud Lambang & Warna
Jalur Gemilang

Biru Tua Merah
Menggambarkan perpaduan rakyat yang Keberanian dan bersedia dalam
menghadapi segala rintangan dan
terdiri daripada berbilang kaum di cabaran dalam usaha meletakkan
negara ini. Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Kuning Putih
Kedaulatan Raja Kesucian, keikhlasan bagi
Berperlembagaan serta mempertingkatkan ketahanan
mendokong dan menghormati rakyat yang beradab dan
lunas-lunas perlembagaan berkeperibadian Malaysia.
dan falsafah rukun negara. Bintang Bucu 14
Lambang Anak Bulan Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan
Islam sebagai Agama Rasmi persekutuan.

Negara.

08 CitraBuletin Terisi minda dengan kami
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13